Hari penamaan calon Pilihan_raya_kecil_Bukit_Gelugor_2014

DAP meletakkan Ramkarpal Singh (38 tahun) , anak lelaki Karpal dan seorang peguam. MCA dan Gerakan enggan bertanding.Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menyatakan bahawa BN akan memberi sokongan kepada calon-calon lain. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia dan bekas MP Batu Kawan Huan Cheng Guan serta dua calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohamed Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan turut bertanding.

Karpal Singh pernah ditewaskan oleh calon-calon Gerakan dan MCA pada PRU. Tahun 1999 Lee Kah Choon mewakili Gerakan berjaya mengalahkan Karpal di kawasan Parlimen Jelutong yang dikuasai DAP sejak 1974. Karpal yang menguasai kerusi itu selama lima penggal sejak 1978 tewas dengan majoriti 775 undi pada PRU 1999. Pada tahun yang sama, Karpal juga disingkirkan di kerusi DUN Datok Keramat apabila tewas kepada calon MCA, Lim Boo Chang. Karpal bangkit semula pada 2004 apabila bertanding di kawasan baru yang diwujudkan iaitu Bukit Gelugor yang sebelum itu dikenali sebagai kawasan DUN di bawah Parlimen Bayan Baru.Pada PRU itu, Karpal menebus keka­lahannya dengan mengalahkan Lim Boo Chang.Bukit Gelugor mengandungi DUN Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang kesemuanya diwakili DAP. Ekoran itu Karpal Singh digelar sebagai 'Harimau Jelutong'.

Mohamed Nabi Bux merupakan ahli PAS cawangan Gombak, Selangor tetapi PAS Pusat menafikannya.Mohamed Nabi Bux menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek menggunakan simbol kuda. Calon dari People Front Party (PFP), Lim Chee Khoon tidak dibenarkan bertanding kerana gagal menyediakan deposit pilihan raya mencukupi.Seorang lagi calon Bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor (26) juga tidak dibenarkan bertanding selepas gagal menyediakan pencadang dan penyokong .

Calon Bebas, Abu Backer Sidek didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa individu serta petugas media.[5]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Bukit_Gelugor_2014 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/263833 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://live.utusan.com.my/Event/Pilihan_Raya_Kecil... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=Pil... http://ww3.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/p... http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140... http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140... http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140425/p...